
KHABAR ANGIN!! ZTE Nubia X8 Hadir Dengan Tiga Variasi
Boleh dikatakan kesemua phablet yang diperkenalkan hari ini memiliki kelebihannya tersendiri. ZTE juga tidak melepaskan peluang apabila memperkenalkan model terbarunya yang dikenali sebagai Nubia X8. Apa yang istimewanya peranti ini, selain dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 820, ia turut menawarkan tiga variasi memori berbeza.
Variasi pertama, kehadiran paparan skrin sentuh berukuran 6.44 inci dengan resolusi 1920×1080 pixels telah menyediakan memori RAM 3GB dan memori dalaman 32GB. Manakala variasi kedua ialah paparan skrin Quad HD menyokong memori dalaman 64GB dengan RAM sebesar 4GB RAM, sementara variasi ketiga merupakan model yang hadir dengan paparan skrin 4K turut menyokong memori dalaman sebesar 128GB dengan 6GB RAM.
Peranti dengan paparan skrin 4K bakal dikuasakan oleh Snapdragon 823 yang masih belum dilancarkan. ZTE Nubia X8 bakal diperkenalkan kepada umum pada penghujung tahun 2016 ataupun awal tahun 2017.

