
MIUI 8 Global Stable ROM Akan Dilancarkan Bermula Esok
Selepas melancarkan versi beta, Xiaomi kini mengumumkan ROM MIUI 8 versi global yang stabil untuk pengguna bermula 23 Ogos. Kemas kini akan bermula untuk peranti Redmi 1S, Mi 2, 2S, Mi 4i, Note 3G dan Note 4G, untuk peranti Xiaomi model yang lain-lain pula akan menyusul kemudian.
Apabila kemas kini tersebut sudah siap sedia untuk peranti anda, satu notifikasi kemas kini OTA akan muncul pada peranti, selain itu anda juga boleh memeriksa melalui menu update untuk mengetahui sama ada peranti sudah siap sedia untuk menerima kemas kini MIUI 8.

