
Unison Memperoleh PRICE Systems untuk Memperluas Keupayaan dan Kehadiran Global
![]() |
![]() |
Keupayaan Model-Based Cost Engineering™ (MBCE™) PRICE System Yang Tiada Tandingan Melengkapkan Platform Perisian Perusahaan Unison
DULLES, Virginia, 21 April 2021 /PRNewswire/ — Unison, penyedia terkemuka bagi Pengurusan Kontrak, Pengurusan Program serta Pemerolehan perisian dan pemahaman untuk kontraktor kerajaan dan agensi persekutuan, hari ini mengumumkan pengambilalihan PRICE Systems, LLC – penyedia global terkemuka bagi perisian Model-Based Cost Engineering™ yang canggih untuk sokongan keputusan.
Unison dan PRICE Systems bersama-sama memberikan perkhidmatan kepada misi kerajaan, profesional pemerolehan, kontraktor kerajaan dan pengilang yang paling maju di dunia.
“Program misi penting pelanggan kami terus berkembang menjadi semakin rumit. Amalan terbaik PRICE Systems iaitu pemikiran kepemimpinan dan perisian dipacu data yang tiada tandingan merupakan kaedah terbaik untuk menguruskan kerumitan dan mengurangkan risiko,” kata Reid Jackson, Ketua Pegawai Eksekutif Unison.
“Gabungan perisian perusahaan dan Platform Pemahaman Unison dengan perisian analitik, algoritma dan permodelan canggih kami akan memberikan pelbagai manfaat dan keupayaan baharu kepada organisasi terkemuka,” kata Tony Demarco, Ketua Pegawai Eksekuti PRICE Systems.
Tentang PRICE Systems
PRICE® memberikan sokongan keputusan dan perisian analitik berdasarkan fakta, kuasa ramalan dan anggaran yang diyakini. Selama lebih 45 tahun, organisasi kerajaan di seluruh dunia, rakan vendor mereka dan pengilang komersial terkemuka telah bergantung kepada kepakaran, amalan terbaik dan perisian kos berdasarkan penyelidikan PRICE yang terbukti dan sentiasa dimajukan. MBCE™ PRICE membolehkan para jurutera, pakar harga serta peneraju program dan pembangun perniagaan (BD) untuk menganggarkan kos, jadual dan risiko dengan lebih pantas, tepat dan konsisten.
PRICE Systems mempunyai pejabat AS di New Jersey, Ohio dan pejabat antarabangsa di Perancis, United Kingdom dan Jerman.
Tentang Unison
Perisian awan dan di premis Unison serta produk maklumat dan pasarannya yang selamat menyokong lebih 200,000 pengguna yang terdiri daripada kontraktor utama persekutuan yang terkemuka, semua agensi di peringkat kabinet AS dan program pertahanan (DoD) utama. Semua pembangunan perisian dan sokongan disediakan di dalam Amerika Syarikat.
Selama lebih 30 tahun, Unison sentiasa memajukan penyelesaian perisian dan pemahaman untuk membantu para pelanggan mencapai misi mereka dengan cekap. Unison beribu pejabat di Dulles, Virginia dan mempunyai pejabat di Tysons Corner, Virginia, Clearfield, Utah dan San Diego, California.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.UnisonGlobal.com

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers
Source: PRNEWSWIRE


