
Dunia hari ini digemparkan dengan berita di mana Google telah menggantung sokongan Android secara serta merta terhadap HUAWEI. Perkara ini sekaligus menjadikan HUAWEI tidak lagi menerima sebarang lesen untuk menggunakan Android.

Pada masa sama, sokongan kemas kini Google pada peranti HUAWEI bakal turut terjejas. HUAWEI hanya boleh menggunakan sokongan Android Open Source Project (AOSP) pada masa akan datang. Perkara yang terjadi ini sekaligus telah menimbulkan kerisauan kepada pengguna sedia ada.

Pun begitu, Google menerusi kenyataan rasmi mengesahkan perkhidmatan Android seperti Play Store dan Play Protect pada peranti sedia ada akan terus disokong. Tambahnya lagi, sokongan ini bakal diberhentikan pada peranti akan datang yang masih belum dilancarkan.

Imbas kembali, sebelum ini HUAWEI dilaporkan sedang menguji sistem operasi mereka sendiri. Rentetan daripada itu, HUAWEI nampaknya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Apa pendapat anda?

