Reviu Eksklusif: vivo X60 Pro 5G Memang Ngam Giler Nak rakam Gambar Malam!!!! Harga Pula Hanya RM3299!!!

Carl Zeiss, tiada seorang yang biasa dengan fotografi tidak mengetahui nama ini. NOKIA, peneraju industri telefon bimbit yang sebelum ini pun pernah menjadi unggul dalam bidang fotografi telefon bimbit dengan lensa Zeiss pada ketika itu! Pada era telefon bimbit skrin yang besar, korang dapat melihat telefon yang menggunakan lensa Zeiss lagi.

Selain NOKIA dan SONY, vivo baru-baru ini menggunakan lensa Zeiss untuk siri X60 baru, tetapi kerjasama ini langsung tidak sama dengan kerjasama sebelumnya. Kerjasama antara siri vivo X60 dan Carl Zeiss lebih mendalam, bukan sahaja diperakui oleh Zeiss, tetapi juga menambah gaya potret Biotar lensa Zeiss dari segi fungsi, dan dilengkapi dengan sistem anti-goncangan generasi kedua yang eksklusif, penglihatan malam dalam cahaya hitam 2.0 dan mod sukan, pasti akan memperbaikkan pengalaman fotografi korang! Admin bertuah reviu vivo X60 Pro dengan warna Midnight Black. Jom reviu peranti ini sekarang!

Harga:RM3299

Rupa sebenarnya dari segi 360 °

Reka bentuk keseluruhan vivo X60 Pro masih mempunyai gen dari siri X50 generasi sebelumnya, dengan skrin besar 6.56 inci yang melengkung di bahagian depan, dan lensa berlubang X60 Pro telah dipindahkan ke tengah. Rangka tengahnya diperbuat daripada bahan logam yang halus. Bahagian atas rata dilengkapi dengan mikrofon dan kata-kata “FOTOGRAFI PROFESIONAL” yang menonjol. Sebelah kanan dilengkapi dengan butang kelantangan dan kuasa, serta mempunyai reka bentuk yang tersembunyi di bahagian bawahnya supaya telefon boleh berdiri sendiri. (Dari kiri ke kanan) Terdapat slot kad, mikrofon, antara muka Type-C dan pembesar suara.

Belakang peranti kelihatan sangat mirip dengan siri X50. Seluruh panel belakang kaca menggunakan proses AG untuk menghasilkan kesan matte. Peranti ini bukan sahaja sangat selesa untuk disentuh, tetapi juga tak ada kesan cap jari. Terdapat juga permukaan yang lengkung di kedua-dua sisi untuk memberi rasa genggaman yang baik. Walaupun begitu, disebabkan permukaan depan dan belakang peranti adalah permukaan yang melengkung, X60 Pro sangat licin, terutamanya ketika menaip sambil berbaring, peranti ini jatuh dan kena wajah admin beberapa kali.

Admin sarankan agar korang membeli casing telefon yang lebih tebal untuk meningkatkan daya tahan cengkamannya! Lensa di sudut kiri atas dengan satu di atas dan dua di bawah. Lagipun, lensa utama Carl Zeiss di atas memerlukan lebih banyak ruang, dan modul lensa agak cembung. Oleh itu, korang memerlukan casing telefon bimbit untuk melindungi lensa tersebut! Dengan ketebalan sebanyak 7.6mm dan beratnya 179g, agak jarang lihat badan peranti yang begitu langsing dalam model yang unggul!

Skrin lengkung berlubang 6.56 inci FHD + 120Hz HDR10 + AMOLED

Bahagian depan X60 Pro adalah skrin lengkung berlubang FHD + AMOLED 6.56 inci yang langsing, dengan lubangnya di tengah. Ketiga sisinya sama, hanya behagian bawah kelihatan lebih tebal sedikit, tetapi nisbah skrin-ke-badan mencapai 92.7%, sangat mengejutkan! Skrin ini juga menyokong HDR10 +, dan kadar penyegaran telah meningkat ke tahap unggul 120Hz pada tahun 2021. Peranti ini boleh menjelajah Facebook atau halaman web dengan lancar! 

Di samping itu, vivo kali ini dilengkapi dengan skrin cahaya matahari LTM yang disahkan mempunyai SGS Eye Care Display dan SGS Seamless untuk X60 Pro. Peranti ini dikatakan dapat memberi kecerahan yang paling sesuai untuk pandangan mata walaupun sinar matahari yang kuat atau dalam kawasan yang gelap sampai korang tidak dapat nampak jari korang. Menurut reviu admin, pengalaman menonton skrin X60 Pro sangat selesa. Pengambilan gambar di bawah cahaya yang kuat adalah yang paling praktikal. Pengguna yang biasanya melihat telefon mereka sebelum tidur juga dapat menghidupkan dalam mod perlindungan mata, mod gelap dan cahaya rendah tanpa fungsi berkelip skrin supaya mata korang tidak akan terlalu letih!

Cip flagship Snapdragon 870 5G

Vivo X60 Pro adalah telefon bimbit pertama di dunia dengan cip Snapdragon 870 5G yang baru! Cip ini boleh dikatakan versi Snapdragon 865+ yang dipertingkatkan. Maksimum jam teras tunggal yang utama telah mencapai 3.2GHz yang tertinggi. Cip ini masih lebih rendah daripada Snapdragon 888 kerana cip ini masih menggunakan proses pembuatan 7nm yang terdiri daripada lapan teras, iaitu 1 × 3.2GHz Kryo 585 + 3 × 2.42GHz Kryo 585 + 4 × 1.80GHz Kryo 585.

Prestasi Kryo 585 kurang sedikit berbanding dengan Kryo 680 terbaru. Walaupun begitu, jam 3.2GHz yang luar biasa masih membolehkan vivo X60 Pro dapat setanding dengan sebilangan model cip yang unggul! Dari segi GPU, Snapdragon 870 juga telah dipertingkatkan dari 587MHz hingga 670MHz (10%).

Ujian Gaming

Admin menggunakan “PUBG Mobile” sebagai ujian permainan yang utama. Snapdragon 870 vivo X60 Pro hampir setanding dengan Snapdragon 888 dari segi kualiti gambar. Peranti ini juga menyokong kualiti gambar “Ultra HD” yang tertinggi, tetapi yang ini perlu dimuat turun oleh pengguna. Tetapan ujian yang digunakan oleh admin adalah kualiti gambar “HDR HD” +  laju bingkai “Ekstrim”. Kualiti gambar “Ultra HD” tidak dapat digunakan disebabkan peranti ini tidak dapat dihidupkan pada masa yang sama dengan kadar bingkai “Ekstrim”.

Admin rasa prestasi X60 Pro agak lancar dalam sepanjang proses permainan, langsung tak lag. Pensampelan sentuhan 240Hz menjadikan operasi seperti menembak pistol lebih cepat. Setelah permainan percubaan selama 30 minit serta merakam skrin pada masa yang sama, badan peranti tidak menjadi panas. Nampaknya, pelesapan haba X60 Pro memang baik! Badan ultra tipis X60 Pro sangat baik dari segi cengkaman, dan mudah untuk mengelap, tetapi peranti ini tidak menyokong bicu fon kepala 3.5mm. Setelah memasang fon kepala Type-C, rasa cengkaman tangan jatuh serta merta. Admin mengesyorkan untuk menggunakan alat dengar Bluetooth!

Ujian pembesar suara tunggal

Sebagai model utama model flagship vivo yang kuat, X60 Pro tidak dilengkapi dengan pembesar suara dwi. Keluaran semua sumber bunyi bergantung pada pembesar suara berkuasa tinggi di bahagian bawah. Bagi pengguna yang suka menonton filem tanpa fon kepala, peranti akan menolak agak banyak mata bagi peranti ini! Dari segi kelantangan, X60 Pro masih cukup kuat, dan tidak akan membiarkan korang terlepas sebarang panggilan masuk atau pemberitahuan maklumat. Kualiti suara pembesar suara boleh dikatakan rata sahaja, midrange dan treble agak tajam, serta vokalnya yang jelas, tetapi bahagian bassnya tidak boleh dipersembahkan dengan sempurna. Admin cadangkan korang membawa fon kepala sendiri untuk menikmati kualiti suara berdefinisi tinggi 24bit / 192khz yang disokong olehnya!

Pengecaman cap jari di bawah skrin

Vivo sebagai peneraju teknologi pengecaman cap jari di bawah skrin untuk telefon pintar, kelajuan unlock cap jari di bawah X60 Pro telah mencapai tahap kesempurnaan, dan ketepatannya agak bagus! Langsung tidak ada pengalaman gagal untuk unlock peranti! Di samping itu, admin juga suka X60 Pro yang segera menunjukkan corak cap jari setelah mengesan pergerakan di sekitar badan peranti. Walaupun peranti diletakkan di desktop, pengguna masih dapat unlock tanpa mengangkat telefon, senang sekali!

Bateri 4200mAh / pengecasan pantas 33W

Sebenarnya, sebagai produk yang ditingkatkan dari generasi sebelumnya, X60 Pro belum ditingkatkan dalam semua aspek. Sebagai contoh, kapasiti bateri 4200mAh kurang 115mAh daripada generasi sebelumnya. Nasib baik, tidak banyak mempengaruhinya. Admin reviu dan dapati bahawa X60 Pro akan menunjukkan peranti ini boleh sedia untuk digunakan oleh pengguna lebih dari 2 hari setelah cas penuh, agak baik! Walaubagaimanapun, ketebalan X60 Pro lebih nipis 0.4mm daripada generasi sebelumnya!

Dari segi pengecasan, X60 Pro mengekalkan pengecasan pantas 33W, dan memerlukan 1 jam dan 01 minit untuk mengecas sepenuhnya, cukup mengagumkan! Admin rasa jika disertakan dengan pengecasan tanpa wayar, pasti lebih baik walaupun tidak cas dengan pantas!

Kamera triple 48MP Carl Zeiss Vario-Tessar / lensa depan 32MP

Bahagian belakang X60 Pro dilengkapi dengan kamera triple Carl Zeiss 48MP mestilah titik jualan yang paling menarik pada kali ini! Sensor kamera utama 48MP masih sama dengan SONY IMX598 yang ada dalam generasi sebelumnya, tetapi kali ini bukaannya lebih besar, iaitu f/1.5 untuk menghasilkan gaya kualiti gambar telus dan terang dengan kontras yang tajam. Dengan berkat fungsi anti goncangan Zeiss generasi kedua, kualitinya agak stabil sama ada untuk gambar atau video! Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya kenapa X60 Pro membatalkan konfigurasi lensa periskop. Sebenarnya, Vivo mempunyai X60 Pro + yang lain, jadi rekaan ini memberi kedudukan pasaran yang lebih jelas untuk kedua-dua model ini, lensa periskop disediakan untuk versi Pro +! Dua lensa yang lain adalah lensa potret profesional 13MP ultra lebar dan 13MP 50mm.

Dari segi fungsinya, X60 Pro mempunyai pemandangan malam dengan cahaya hitam 2.0 yang baru. Pemandangan malamnya bukan sahaja menyokong lensa utama dan fokus ultra-lebar, tetapi juga menyediakan penggambaran panorama, serta fokus berterusan untuk menjadikannya mudah menangkap penggambaran sukan tahap tinggi 2.0. Lensa fokus tetap Zeiss Biotar menghasilkan gaya potret bokeh fantasi. Hasil ini merupakan filter profesional yang direalisasikan dengan 13MP kanta potret profesional isofokus 50mm. Admin paling menggemari fungsi Time Slow. Korang boleh mengambil gambar yang menakjubkan seperti lalu lintas yang sibuk, aliran air yang panjang, dan laluan bintang!Bahagian depan dilengkapi dengan lensa selfie 32MP f/2.5 dan tidak menyokong autofokus, tetapi fungsi kecantikannya agak bagus. Terdapat juga fungsi potret malam yang sangat terang, HDR dan bantuan bokeh potret, pengimejan dapat mengekalkan lebih banyak perincian! Jom tengok hasil gambar yang sebenar!

Hasil Gambar:

Apa Kata Editor!

Yang perlu dipuji:

  • Reka bentuk Avant-garde
  • 7.6mm + Peranti flagship yang ultra ringan 179g
  • Kuasa paparan kuat 6.56 inci 120Hz HDR10 + AMOLED
  • Cip Snapdragon 870 5G mempunyai prestasi yang unggul
  • Lensa Zeiss 48MP + jaminan kualiti gambar yang baik

Yang perlu dipertimbangkan:

  • Perantinya agak licin
  • Membatalkan lensa periskop
  • Tidak menyediakan pembesar suara duo
  • Masih ada ruang untuk peningkatan pengecasan pantas
  • Harganya agak tinggi
You might also like