Xiaomi Mi 9 Peranti Dengan Spesifikasi Luar Biasa!!! Kini Telah Rasmi, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1699

Penantian peminat Xiaomi di malaysia kini telah berakhir apabila Xiaomi telah melancarkan secara rasmi peranti Xiaomi Mi 9 yang mana ia akan dijual pada harga RM1699 bagi versi + 64GB secara eksklusif di Lazada dan tersedia pada 6 April ini.

Bagi jualan di Mi Store, versi yang dijual adalah 6GB + 128GB pada harga RM1999 dan akan tersedia pada 13 April ini. Namun anda boleh melakukan pra tempahan bermula dari 6 April dan warna tersedia untuk pra tempahan ialah Piano Black dan Ocean Blue.

Menariknya, peranti ini menampilkan skrin AMOLED bersaiz 6.39 inci FHD+ disertakan rekaan takuk kecil dan nisbah skrin-ke-badan 90.7%. bagi keselamatan skrin, paparan Xiaomi Mi 9 dilapisi Corning Gorilla Glass 6 sebagai pelindung utama.

Xiaomi Mi 9 ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855. Turut disertakan dengan memori 6GB dan storan 64GB dan 128GB. Ia turut disertakan ciri baharu iaitu Game Turbo bagi memastikan pengalaman bermain game berada dalam keadaan yang sangat baik. Dari aspek kapasiti bateri pula, ia dibekalkan bateri 3,300 mAh dan pengecasan pantas 27W serta pengecasan tanpa wayar 20W.

Dari aspek kamera juga tidak mengecewakan kerana ia menawarkan tiga kamera utama : 48MP Sony IMX 586 (f/1.75) + 16MP (f/2.2) + 12MP (f/2.2), serta lensa 20MP untuk kamera swafoto.

Dari aspek keselamatan, peranti ini menyokong pengimbas cap jari pada skrin, di samping ciri lain : NFC, IR Blaster dan kualiti speaker lebih baik.

Dalam pada itu, Xiaomi turut mengumumkan Xiaomi Mi 9 Transparent Edition. Masih dijana cip pemproses Snapdragon 855, versi ini dipasang dengan memori 12GB RAM, storan 256GB. Sama seperti versi standard, peranti ini turut membawakan paparan bersaiz 6.39 inci AMOLED dan sokongan tiga kamera utama 48MP.

Xiaomi ini tersedia dalam beberapa warna menarik seperti Lavender Violet, Ocean Blue dan Piano Black.

 

 

You might also like