Goxip

IKONBagi mereka yang membeli belah secara online, apa kata anda mencuba aplikasi terbaru yang dikenali sebagai Goxip. Menawarkan aplikasi yang hampir sama dengan aplikasi fesyen seperti ZARA, H&M dan ASOS, kini anda boleh membeli pakaian secara on the go dengan hanya menggunakan beberapa langkah sahaja. Bagi memudahkan membeli barangan mengikut keperluan, ianya telah diasingkan kepada beberapa kategori popular. Sebanyak 2 juta pakaian yang boleh dibeli di Goxip dan ia dihasilkan oleh lebih 15 ribu pereka terkenal di seluruh dunia.a

Apa yang menariknya aplikasi Goxip ini, anda boleh padankan baju, seluar mahupun skirt yang ingin dibeli. Selain itu, anda juga boleh berkongsi fesyen anda sendiri di komuniti Goxip. Kepada yang suka membeli belah, kini tidak perlu bersusah payah ke pusat membeli belah lagi.

Muat Turun

 

You might also like