MWC 2019 memperlihatkan pelbagai teknologi bakal diperkenalkan ke pasaran, terutamanya peranti 5G menjadi taruhan utama bagi trend seterusnya. Susulan itu, Maxis dan Huawei telah mengadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semasa acara tahunan ini.
Menerusi persefahaman tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mempercepatkan rangkaian 5G di Malaysia. MoU ini bertujuan untuk bekerjasama dalam percubaan 5G yang lengkap dengan sistem dan perkhidmatan hujung-ke-hujung.

Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G dan memberi tumpuan kepada percubaan, pelaburan serta pembangunan infrastruktur rangkaian untuk bersiap sedia bagi masa depan, di mana penyelesaian pintar akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
Lebih-lebih lagi perkembangan 5G memerlukan koperasi dari semua rakan kongsi dalam membawa innovasi terkini ke pasaran.
♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦
_____________________________
Artikel Popular:
- #4 Rahsia Gambar Makanan Jadi Menarik Sampai Meleleh Air Liur
- HUAWEI Matebook D! 10 Perkara Memenuhi Keperluan Hidup Utama Para Pelajar!
- [ Tips & Trik ] : 5 Langkah Mudah Untuk Screenshot Pada Telefon Pintar HUAWEI
- Huawei Best Mate: Bukan Sekadar Pelengkap Aktiviti Harian, Tetapi Teman Yang Prihatin!

