Paten Pengecas Tanpa Wayar Milik Samsung

1Pengecasan tanpa wayar sudah wujud pada peranti pintar keluaran Samsung sejak kemunculan Samsung Galaxy S4 lagi. Pada awalnya, ia adalah aksesori tambahan sebelum menjadi salah satu fungsi pada Samsung Galaxy S6. Kini mereka diberikan paten untuk sistem pengecasan tanpa wayar dua dalam satu. Menerusi paten tersebut, pengecas tanpa wayar ini mampu mengecas sebuah smartphone dan aksesori serentak. Smartphone dicas pada bahagian atas sementara aksesori seperti Samsung Gear S2 dicas secara menegak. Jika anda salah seorang pemilik Samsung Galaxy S7 dan Samsung Gear S2, pengecas seperti ini memang perlukan.2

 

You might also like