

Hari kekasih bakal tiba dan HUAWEI pasti tidak mahu ketinggalan meraikannya dengan menawarkan beberapa promosi bermula dari 8 hingga 15 Febuari.
Bersempena dengan hari yang penuh kasih sayang ini, Huawei menawarkan promosi bagi HUAWEI nova 4 yang mana ia bakal dijual pada harga RM1899. Pra tempahan secara atas talian akan menerima hadiah percuma bernilai RM450 yang terdiri daripada Bluetooth headset secara percuma, pek hadiah premium dan baucer HUAWEI. HUAWEI juga akan menghantar telefon anda terus di hadapan pintu rumah anda.

Bagi peminat model HUAWEI Mate dan Y Series, pada 12 hingga 15 Febuari 2019, Huawei akan menawarkan kepada anda hadiah istimewa. Bagi setiap pembelian set hadiah istimewa hari kekasih, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM500.


Dalam pada itu, HUAWEI juga turut akan melaksanakan jualan kilat bermula dari 13 hingga 15 Febuari 2019 bagi telefon pintar dan aksesori seperti HUAWEI Y MAX, HUAWEI P20 Pro, Huawei Power Bank, HUAWEI AP38 Super Car Charger dan HUAWEI AP55S Micro USB serta Type C Cables. Bersedia pada jam 12 tengah hari untuk menikmati tawaran serendah RM11 bagi aksesori terpilih dan menerima penjimatan harga sehingga RM700 pada peranti pintar.

HUAWEI juga turut menawarkan penghantaran percuma bagi pembelian yang dilakukan di Official Online Store bermula dari 12 hingga 15 Febuari 2019.
Tawaran ini tidak terhenti di situ sahaja, bermula dari 8 hingga 12 Febuari 2019, anda boleh menyertai lucky spin dan win campaign untuk memenangi hadiah tambahan bernilai RM150,000.
Apa yang perlu anda lakukan ialah log masuk ke laman sesawang HUAWEI bagi mendapatkan maksimum 3 cabutan sehari untuk memenangi hadiah menarik seperti baucer makan dari Westin KL Hotel dan baucer tunai bagi HUAWEI Official Online Store. Anda juga boleh mendapatkan putaran tambahan dengan berkongsi kempen ini di platform media sosial anda.
| Hadiah Utama | Baucer makan untuk 2 orang di Westin KL Hotel (x3 units) |
| Baucer bagi HUAWEI Official Online Store |
|
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari HUAWEI Official Online Store atau laman rasmi Facebook HUAWEI.
Lihat juga:
- TAHNIAH! HUAWEI Duduki Tangga Ke-12 Dalam Senarai “Brand Finance Global 500 2019”
- Ganjaran Menarik Bernilai Sehingga RM1,000 Menanti Pelanggan HUAWEI Nova 4!
- Meriahkan Tahun Baru Cina Dengan Siri HUAWEI Mate 20 – 8 Ciri Ini Bakal…
- Bosan Dengan Ringtone Standard? Video Ringtone HUAWEI Nova 4 Bakal Ubah Mood Anda!
- #4 Rahsia Gambar Makanan Jadi Menarik Sampai Meleleh Air Liur – Lagi Best Guna…

