PayPal 6.0 Bakal Hadir Dengan Pembaharuan Menyeluruh

breezi_placeit

PayPal dilaporkan akan melancarkan kemas kini terbesar bagi aplikasi PayPal Android mereka. Dikenali dengan versi 6.0, aplikasi tersebut telah menerima reka bentuk yang baru yang lebih segar dan kemas. Pada versi tersebut anda dapat lihat dan kawal aktiviti transaksi dengan butiran yang lebih mendalam dan jelas seperti menerima bayaran, membuat bayaran, dan sejarah transaksi. Selain itu anda juga boleh meminta wang dari rakan atau keluarga melalui aplikasi dan ia juga dilengkapi sistem keselmatan paling penting, iaitu pengesahan cap jari.

PayPal adalah syarikat transaksi kewangan global yang memudahkan anda melakukan pembayaran dan bermacam jenis transaksi wang. Ianya wajar digunakan bagi mereka yang kerap berurusan dengan individu mahupun syarikat dari luar negara. Dengan menggunkan servis PayPal anda dapat melakukan transaksi dengan selamat dan cepat.

You might also like