Informasi Tertiris PS4 Neo

1 Imej tertiris berkenaan informasi generasi baru PlayStation sudah mula berlegar di laman web seluruh dunia. Perkara pertama yang menarik perhatian adalah Sony mewajibkan kesemua pengeluar permainan PS4 yang dilancarkan dalam bulan Oktober dan selepas dari itu untuk menyokong konsol PS4 Neo.

2Menurut imej yang dipercayai slide pembentangan ketika mesyuarat dalaman, PS4 Neo akan menggunakan Jaguar CPU dengan 8 teras 2.1 Ghz dan RAM 8 GB GDDR5. Sony mensasarkan untuk menghasilkan unit konsol yang mampu menhasilkan framerate yang tinggi, sesuatu yang sukar jika resolusi grafik ditambah. Namun Sony dikatakan mempunyai solusi dan kita tunggu sahaja jika ada maklumat atau pengumuman di masa hadapan.

 

You might also like