
HUAWEI hari ini berkongsi berita gembira dan teruja apabila mengesahkan HUAWEI Mate 20 Pro versi 8GB RAM + 256GB bakal bertemu pengguna tempatan pada 22 Disember 2018!
Perlu diketahui versi terbaru ini bakal tersedia dalam warna Twillight yang merupakan warna ikonik bagi telefon pintar HUAWEI dan pastinya menjanjikan pengalaman yang luar biasa!
Lebih menariknya lagi, dengan setiap pembelian Mate 20 Pro versi terbaru ini (8GB+256GB), orang ramai akan menerima Wireless Charger secara PERCUMA! Bagaimanapun, ketersediaan adalah terhad.
Bagi yang berminat, Mate 20 Pro versi terbaru ini ditawarkan pada harga RM 3,999 untuk seunit dan boleh didapati melalui Huawei Online Store, Lazada, SenHeng dan Huawei Experience.

