Kemaskini Android Pie Pada Nokia 8 Kini Sudah Tersedia

Sebelum ini, HMD Global pernah berjanji bagi menawarkan kemas kini Android Pie untuk Nokia 8 pada November. Namun, kemas kini tersebut terpaksa ditunda atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Penantian kini telah berakhir apabila HMD Global secara rasminya mengumumkan bahawa kemas kini Android Pie untuk Nokia 8 kini sudah tersedia! Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Produk HMD Global iaitu Juho Sarvikas melalui laman Twitter miliknya semalam.

Pun begitu, kemas kini tersebut dilihat tidak dinyatakan secara terperinci dan ketersediaan mungkin diberikan secara berperingkat. Anda dah dapat ke?

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like