
Android 9 Pie Versi Beta Khusus Xiaomi Mi A2 Terdedah!

Siri Xiaomi Mi A adalah peranti yang paling popular di kalangan peminat Android disebabkan perisiannya, dan Mi A2 pula adalah model kedua yang menggunakan Android 8.1 Oreo di bawah Android One.
Sejak Android 9 Pie dilancarkan, ramai peminat Mi A2 tertanya-tanya bilakah kemas kini akan ditawarkan pada peranti ini. Akhirnya soalan ini terjawab dengan kemas kini Android 9 Pie versi Beta telah diedarkan baru-baru ini di laman sesawang, turut hadir dengan ciri-ciri seperti Adaptive Battery, butang navigasi serta navigation gesture.
Anda boleh memuat turun ROM di Forum XDA-Developers, versi beta ini tidak tersedia dalam bentuk OTA, anda perlu menggunakan TWRP atau Fastboot untuk memasangnya pada peranti.
Baca Juga:
- Kemaskini Android Pie Mula Diedarkan Pada Sony Xperia XZ Premium, XZ1 & XZ1 Compact
- Nokia 6.1 & 6.1 Plus Telah Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie?!

