Pengguna Xiaomi Mi A2 Lite Sudah Mula Menerima Kemas Kini Android Pie Secara Berperingkat!

Kemas Kini Android 9.0 Pie untuk Nokia 7.1

Sejak semalam, beberapa pengguna Nokia 7.1 dan Xiaomi A2 Lite telah menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Seperti yang kita semua tahu, kedua-dua telefon pintar ini menggunakan OS Android One, jadi tidak mustahil jika ianya menerima kemas kini Android Pie dalam masa terdekat ini.

Melalui akaun Twitter milik Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk di HMD Global, kemas kini Android 9.0 Pie akan diberikan secara berperingkat-peringkat. Fail kemas kini Android 9.0 Pie untuk Nokia 7.1 ini memiliki saiz mencecah 1.3GB dan ia akan membawakan beberapa pembaharuan seperti sistem navigasi skrin penuh, adaptive brightness, dan juga sistem keselamatan Android untuk bulan November.

Selain itu, XDA Developers turut berkongsi gambar screenshot kemas kini Android Pie dari salah seorang ahlinya yang berasal dari Poland. Dengan saiz kemas kini sebesar 1GB, kemas kini ini turut menawarkan pembaharuan sama seperti Nokia 7.1. Lebih menariknya, ia turut didatangkan dengan sokongan aplikasi baharu iaitu radio FM.

Kemas Kini Android 9.0 Pie untuk Xiaomi Mi A2 Lite

[SUMBER 1], [SUMBER 2]

You might also like