
Spesifikasi OPPO Reno5 Pro 5G Terdedah?? – Hadir Dengan Kamera Utama 64MP!!
Ramai yang berteka teki tentang spesifikasi peranti baharu siri OPPO Reno5 dan kini ada satu informasi terdedah mengenai OPPO Reno5 Pro 5G yang mana ia mungkin hadir dengan kamera utama 64MP!!

Menurut laman sesawang GSMArena, peranti ini hadir dengan sistem 4 kamera yang mana ia hadir dengan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP. Bagi kamera hadapan pula, ia tampil dengan 32MP.
Sejauh manakah kebenaran tentang ketirisan spsifikasi ini perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

