Samsung Lancarkan Galaxy A42 5G Bagi Pasaran Tempatan!! – Dijual Pada Harga RM1599!!

Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya mengumumkan keluaran terbaharunya dan untuk julung-julung kalinya di Malaysia, telefon pintar 5G dalam keluarga Galaxy A; Galaxy A42 5G. Telefon pintar ini sarat dengan inovasi keperluan harian yang paling dititikberatkan oleh para pengguna, iaitu Skrin yang AWESOME, Kamera yang AWESOME dan Bateri yang AWESOME, yang membolehkan setiap pengguna menikmati ciri-ciri utamanya pada nilai yang besar. 

Reka bentuk rapi yang diperbuat untuk keselesaan, warna Galaxy A42 5G ternyata lebih menyerlah dengan kemasan kilatan premium yang hadir dalam dua warna, iaitu Prism Dot Black (Hitam) dan Prism Dot Gray (Kelabu).  Struktur lengkungan yang dipertingkatkan menjadikannya mudah dipegang selain membolehkan navigasi skrin yang mudah. 

Peranti ini hadir dengan paparan Infiniti-U 6.6 inci Galaxy A42 5G ketika menonton video yang anda gemari, melakukan tugas berbilang mahupun ketika bermain. Disokong oleh teknologi Super AMOLED, kandungan harian anda bakal memberikan penampilan yang terbaik — Besar, terang dan cantik.

Ia juga turut hadir dengan ciri Kamera Kuad berbilang fungsi yang berkuasa, menjadikan tangkapan dan rakaman detik penting begitu mudah dan menawan. Dengan Kamera Utama 48MP yang beresolusi tinggi, anda bukan sahaja boleh mengambil foto yang lebih jelas pada waktu siang, malah juga mengambil foto yang lebih terang pada waktu malam. Kamera Ultra Lebar 8MP membolehkan anda mengambil gambar panorama ultra lebar yang imersif, seakan penglihatan manusia dan hanya memerlukan sedikit pergerakan kamera untuk mendapatkan gambar landskap bandar yang sempurna. Sementara itu, Kamera Makro 5MP (40mm) dan Kamera Kedalaman 5MP berupaya menangkap butiran terperinci objek jarak dekat dan mewujudkan kesan kabur latar belakang di sekitar subjek. 

Tidak dilupakan, Kamera Swafoto 20MP, yang menghasilkan swafoto hangat membara, memberikan anda latar belakang kabur yang lembut agar anda sentiasa kelihatan menakjubkan!

Galaxy A42 5G dilengkapi pemproses Octa-Core canggih sehingga 8GB RAM dan bateri berkuasa 5,000 mAh. Nikmati storan dalaman sebanyak 128GB dan sokongan MicroSD sehingga 1TB untuk merakamkan dan menyimpan semua video dan foto yang ingin anda abadikan tanpa perlu bimbang tentang kehabisan ruang simpanan. Keupayaan pengecasan pantas 15W memastikan jangka hayat bateri dapat diisi semula dengan cepat, meminimumkan jumlah masa henti yang dihabiskan untuk menunggu bateri telefon anda dicaskan semula. 

Miliki Galaxy A42 5G dari 27 November 2020 dengan harga pasaran yang disyorkan sebanyak RM1,599 di Samsung Experience Store, pengedar-pengedar sah atau e-store kami yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a42-5g-light-gray-128gb-sm-a426bzahxme/

You might also like