
Seperti yang diketahui DJI bakal melancarkan dua model baharu di bawah siri DJI Mavic 2 ke pasaran tempatan, dan hari ini telah rasmi dengan pengumuman harga jualan serta ketersediaan ke pasaran.
DJI Mavic 2 masih kekal dengan ciri-ciri unik dron kompak di mana ia boleh dilipat supaya lebih mudah dibawa, seperti namanya Mavic 2 Pro dikelaskan pada spesifikasi tinggi yang menawarkan kamera Hasselblad, satu jaminan berkualiti di dunia pengimejan. Mavic 2 Pro mampu mengambil rakaman 20 Megapiksel ketika di udara dengan teknologi Hasselblad Natural Color Salution yang membolehkan warna rakaman tepat pada sebarang pencahayaan.
DJI Mavic 2 Zoom pula merupakan dron pertama yang dilengkapi dengan sokongan 2 kali zum optikal iaitu 28-48mm, ciri unik ini dapat menjamin hasil rakaman yang berkualiti walaupun dron berterbangan. Di samping itu, dron ini juga menawarkan 40% pemfokusan yang lebih pantas berbanding model sebelumnya.
Kaki dron boleh dapatkan kedua-dua dron ini mulai hujung September 2018 di semua pengedar sah DJI, ECS Astar Sdn. Bhd dan laman e-dagang Lazada. DJI Mavic 2 Pro ditawarkan pada harga RM6,599 (termasuk SST), pakej pembungkusan termasuk dron, bateri, alat kawalan jauh, pengecas bateri dan empat pasang kipas. Harga jualan bagi DJI Mavic 2 Zoom pula adalah RM5,699 (termasuk SST), tersedia dengan dron, bateri, pengecas bateri, alat kawalan jauh dan empat pasang kipas.
Kit tambahan Fly More yang dijual pada harga RM1,399 dilengkapi dengan dua bateri tambahan, pengecas bateri, pengecas bateri dalam kereta, bateri untuk powerbank adapater, dua pasang kipas dan beg khusus. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi DJI.

