Berhati-hati! Jangan Tersalah Beli Set Tiruan Nokia 8110 4G

Alamak! Set tiruan lagi! Peranti legend Nokia memang lebih mudah ditiru ke? Apa-apa pun, pastikan Nokia 8110 4G  yang dibeli adalah TULEN!

Baru-baru ini HMD Global, selaku pangkalan bagi peranti Nokia, ingin memberi peringatan kepada pengguna terhadap set tiruan Nokia 8110 4G di pasaran Malaysia. Supaya lebih berhati-hati dalam pembelian, di bawah tersenarai cara-cara untuk mengenalpasti ketulenan peranti pisang Nokia.

Pembungkusan plastik lutsinar di bahagian depan

Pembungkusan sisi dengan motif grafik

Pembungkusan atas dengan pelekat AVAXX

Pembungkusan bawah dengan kod IMEI

Pelekat hologram AVAXX

Jenama HMD Global di panel belakang bateri

Pembelian peranti tulen boleh didapati pada harga RM285, maklumat lanjut boleh rujuk FB Nokia Malaysia.

 

 

You might also like