OnePlus Umum OnePlus 6 Edisi Merah – Dijual Mulai 10 Julai 2018 Untuk Global

OnePlus hari ini secara rasmi telah mengumumkan kehadiran warna baharu iaitu merah bagi model OnePlus 6 untuk pasaran global. Pengumuman rasmi melalui blog OnePlus ini telah dibuat berikutan sambutan yang sangat menggalakkan bagi model OnePlus 5T berwarna Lava Red.

Dikenali sebagai warna Red, OnePlus 6 dengan pilihan warna baharu ini masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dwi kamera 16 Megapiksel + 20 Megapiksel serta ditawarkan dalam pilihan ruang storan 128GB dengan kapasiti RAM 8GB.

Dengan harga jualan yang sama, OnePlus 6 Red akan dijual bermula 10 Julai 2018 ini untuk pasaran global.

Sumber

You might also like