OPPO F7 Edisi Neelofa Bakal Dilancarkan Bersama Kotak Hadiah Hari Raya Eksklusif?!

Sebelum OPPO R15 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia esok (24 Mei 2018), OPPO Malaysia hari ini mengumumkan sebuah telefon pintar edisi khas iaitu OPPO F7 x Neelofa Edition.

Apa yang istimewanya telefon pintar ini, ia didatangkan bersama kotak hadiah Hari Raya eksklusif yang penuh dengan kejutan. Tidak pula diberitahu apakah isi kotak hadiah tersebut, tetapi anda boleh melihat sendiri dari video teaser yang dikongsikan oleh OPPO ini.

Bukan itu sahaja, di dalam video teaser ini, Neelofa juga dilihat memegang OPPO F7 warna Diamond Black. Buat peminat Neelofa yang ingin mendapatkan telefon pintar OPPO, boleh tunggu edisi khas ini dilancarkan sebelum menjelang Hari Raya.

You might also like