Honor 7X Akan Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Pada Bulan Mei

Honor 7X disahkan akan menerima Android 8.0 Oreo pada Mei depan menerusi imej rasmi daripada Honor yang dikongsi oleh My Drivers. Dalam kemas kini ini, sudah semestinya perisian antaramuka EMUI 8.0 juga disertakan.

Melalui kemas kini yang bakal diperoleh tidak lama lagi, para pengguna di Malaysia akan menikmati kelancaran perisian disamping beberapa ciri baharu. Kuasa dan prestasi yang dioptimumkan sekaligus menjadikan peranti Honor 7X akan menjadi lebih efisyen.

Honor China dikatakan bakal menyediakan kemas kini ini kepada 200,000 pengguna terawal Honor 7X. Bagaimanapun, untuk pengguna di Malaysia ia dijangka akan mula diterima beberapa minggu selepas itu.

Honor Umumkan Penurunan Harga Honor View10 Dan Honor 7X Sebanyak RM200!

Sumber

You might also like