Apple iPhone SE 2 Mungkin Dikeluarkan Tahun Ini Dengan Spesifikasi…

Apple iPhone SE mula diperkenalkan pada suku pertama tahun 2016. Rekaan pada iPhone bersaiz kompak ini diilhamkan daripada model iPhone 5, dan ia sememangnya rekaan ikonik sebuah iPhone sepanjang zaman. Menurut khabar angin yang tersebar, Apple dikatakan bakal memperkenalkan generasi terbaru, iPhone SE 2 pada tahun ini.

Apple iPhone SE 2 ialah sebuah telefon pintar ‘bajet’ keluaran Apple, maka dengan itu kita mungkin akan melihat peranti ini dengan kemasan luaran yang minimal serta ciri-ciri dalaman lebih moden. Bagaimanapun, ia tidak akan menerima perkakasan dalaman terkini misalnya iPhone X mahupun iPhone 8.

Apa yang boleh dikaitkan ialah skrin mungkin akan dibesarkan sedikit daripada 4-inci kepada 4.2-inci. Teknologi paparan mungkin menyokong warna gamut P-3 sama seperti yang digunakan pada skrin iPhone 7. Masih mengekalkan titik harga ‘bajet’, iPhone SE 2 tidak disertakan sokongan FaceID tetapi kekal dengan pengimbas cap jari TouchID. Selain itu, cip pemproses yang akan menjadi peranti ialah Apple A10 Fusion yang ditemani kapasiti RAM 2GB yang dioperasikan iOS 11.

Pada jabatan kamera, Apple mungkin bakal meletakkan iPhone SE 2 dengan kamera utama 12 Megapiksel yang telah dikemas kini. Disamping itu, rekaan belakang juga akan hadir dengan panel gelas berkilau bersama pilihan warna baharu. Sumber turut menambah, bateri pada peranti ini akan dimuatkan dengan kapasiti lebih besar untuk mengimbangi perkakasan dalamannya.

Pelancaran iPhone SE 2 mungkin akan mengambil tempat di acara WWDC18 pada bulan Mei hingga Jun depan. Namun, ianya cuma khabar angin tetapi jika Apple ingin mengeluarkan peranti ini, ia mungkin menjadi berita baik kepada peminat jenama Apple.

Sumber

You might also like