Yahoo Mengurangkan 15% Tenaga Kerja

marissa-mayer-its-treason-for-yahoo-to-disobey-the-nsa
Marissa Mayer (Chief Executive Yahoo Inc)

Marissa Mayer (Chief Executive Yahoo Inc) dijangka akan mengumumkan langkah dan pelan tindakan bagi mengurangkan kos operasi syarikat itu. Menurut beberapa sumber dalaman, pelan tersebut dijangka akan mula dilakukan selepas pengumuman laporan suku tahun keempat.

Pelan pengurangan kos tersebut bakal menyaksikan lebih 1,600 individu akan hilang pekerjaan dan beberapa unit perniagaan Yahoo akan dihentikan dari beroperasi. Beberapa pemegang saham menyarankan agar Yahoo menjual unit perniagaan teras mereka untuk kekal bersaing dalam perniagaan namun ia dikhuatiri bakal mendatangkan impak negatif kepada kewangan syarikat tersebut yang semakin meruncing. Verizon merupakan antara syarikat yang berminat untuk mendapatkan Yahoo sekiranya ia bersedia untuk dijual.

You might also like