

Pada Oktober 2017, Huawei telahpun melancarkan peranti pertamanya dengan sokongan empat kamera melalui kemunculan model Huawei Nova 2i. Nampaknya honor juga tidak mahu ketinggalan apabila model terbaru honor 9 Lite yang dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan hari ini.

Menawarkan harga yang mampu milik iaitu RM749, buat masa sekarang telefon pintar ini hanya dijual secara eksklusif untuk Shopee terlebih dahulu. Boleh dibeli bermula 9 Mac 2018 di Shopee dan harganya hanya RM699, selepas itu akan kembali ke harga asal (RM749). Lebih istimewa, kepada 150 pembeli pertama akan menerima barangan kecantikan Maybelline bernilai RM50 secara percuma.

Bertemakan E9ually Beautiful, honor 9 Lite menampilkan sokongan empat kamera iaitu kombinasi dua lensa beresolusi 13MP + 2MP untuk kamera utama, dan juga 13MP + 2MP untuk kamera swafoto. Ia turut menawarkan paparan berukuran 5.65 inci IPS LCD dengan nisbah 18:9. Sokongan paparan moden sebegini dilihat sesuatu yang menarik memandangkan model honor 9 masih lagi menggunakan nisbah paparan 16:9.

Dioperasikan dengan antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0, honor 9 Lite juga dibekalkan dengan bateri sebesar 3,000mAh memberi tenaga kepada pemproses Kirin 659 serta RAM 3GB dan 32GB storan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari kedai rasmi honor Malaysia di Shopee.


