Prototaip Moto X 2016 Dikatakan Hadir Dengan Skrin AMOLED Jenis Shattershield

pic 1Jika sebelum ini gambar rendering Motorola Moto X 2016 telah didedahkan oleh seorang pengguna Google+, nampaknya kali ini gambar prototaip paparan skrin model tersebut pula telah tertiris di Internet. Sebagaimana model Moto G, Moto X 2016 ini juga turut menyokong paparan skrin berukuran 5.5 inci dan dipercayai menggunakan jenis skrin yang sama seperti model Moto X Force atau DROID Turbo 2 dengan paparan AMOLED dengan perlindungan Shattershield.

Teknologi paparan ini menawarkan sehingga 5 lapisan berbeza yang direka untuk menyerap hentakan agar paparan skrin tidak retak atau pecah. Malah ia juga dikatakan hadir dengan 4 tahun jaminan terhadap isu keretakan ataupun skrin pecah.

pic 2Berdasarkan kepada ketirisan gambar prototaip paparan skrin itu juga, jelas dapat dilihat bahawa Moto X 2016 turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari berbentun segi empat sama. Manakala salah satu daripada dua buah lubang yang terdapat di bahagian atas skrin pula dipercayai bakal menempatkan sebuah LED Flash sebagaimana yang dimiliki oleh model Moto X Style. Selain itu logo ‘Moto’ juga telah dicetak betul-betul di bahagian atas pengimbas cap jari.

 

You might also like