Hiburan Berkualiti Sony WH-H900N Bernilai RM1159 Untuk Semua Penumpang Air Asia X

Sony Corporation dan AirAsia baru-baru ini mengumumkan kerjasama dua hala. Matlamat kerjasama yang dijalinkan adalah untuk memberi penumpang AirAsia hiburan tanpa had di samping kemudahan premium semasa berada di dalam kapal terbang.

Fon kepala Sonyh.ear on 2 Wireless Noise Cancelling, WH-900N  berwarna merah yang diiringi dengan tablet hiburan dalam pesawat AirAsia X, Xcite disediakan dalam kabin Premium Flatbed bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Tokyo (Haneda), Japan mulai 26 Februari 2018.

Fon kepala selesa dan mudah alih ini direka bentuk untuk memperbaiki kualiti bunyi, keselesaan secara keseluruhannya dan keupayaan untuk mengurangkan bunyi bising di persekitaran kabin. Fon kepala mod pembatalan bunyi bising di persekitaran kabin ini akan memberi tetamu AirAsia X kawalan sepenuhnya terhadap pengalaman audio mereka.

Buat permulaan, fon kepala ini tersedia dalam Premium Flatbed untuk mereka yang terbang antara Kuala Lumpur dan Tokyo (Haneda), dengan perancangan untuk memperluaskannya ke laluan lain untuk fasa akan datang kelak.

Bagi meraikan kerjasama ini, AirAsia turut menawarkan diskaun 20% untuk semua tempahan penerbangan AirAsia X (rangkaian tempat duduk Standard dan Premium Flatbed) menggunakan kod promo ‘SONY20‘ bermula sekarang sehingga 4 Mac 2018. Penerbangan hendaklah dibuat bermula dari 26 Februari sehingga 31 Julai 2018, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sementara di pihak Sony pula, semua penumpang AirAsia X dalam kod penerbangan D7 (Malaysia), XJ (Thailand), dan XT (Indonesia) ke Haneda boleh menebus hadiah percuma di gedung Sony di Tokyo Ginza, Jepun hanya perlu menunjukkan pas penerbangan untuk menebus hadiah. Sementara, penumpang ke Kuala Lumpur pula boleh mendapatkan diskaun istimewa di gedung Sony di KLCC dan The Curve.

Sebarang maklumat lanjut mengenai promosi terkini AirAsia, boleh layari Facebook dan akaun Twitter rasmi.

 

 

You might also like