
Top 30 Aplikasi Popular Dimuat Turun Di Malaysia
Ingin mengetahui apakah aplikasi popular yang dimuat turun sepanjang tahun 2017? Baru-baru ini App Annie, syarikat aplikasi data dan analisis mudah alih yang terkemuka di dunia telah mengeluarkan senarai 30 aplikasi popular yang paling banyak dimuat turun di Asia Tenggara termasuk Malaysia, berdasarkan gabungan muat turun daripada Android dan iOS.
Top 5 pengedar di Asia Tenggara dimenangi oleh VNG (Vietnam), SEA (Singapura), Bigo (Singapura), Amanotes (Vietnam) dan juga Grab (Singapura). Jika dilihat daripada aplikasi yang dimuat turun oleh pengguna di Asia Tenggara, Facebook mencatat kedudukan tertinggi di hampir semua negara. Diikuti dengan WhatsApp Messenger, Lazada, Clean Master dan UC Browser.

Manakala aplikasi yang paling banyak di muat turun di Malaysia adalah Facebook, UC Browser, Lazada, Clean Master, JOOX, WeChat, Go Keyboard, 360 Camera dan juga Little Picture. Selain itu, beberapa aplikasi dari Malaysia juga tersenarai di dalam 30 aplikasi popular seperti Hotlink RED dari Maxis, MyDigi dari Digi, Mudah.my dan juga Maybank.

Dilihat daripada aplikasi yang dimuat turun di Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia gemarkan aplikasi sosial dan juga muzik. Ini terbukti apabila aplikasi yang paling tinggi diungguli oleh syarikat Facebook dan diikuti dengan JOOX serta Smule.


