
Gajet Di Sebalik Filem Pendek “Three Minutes” – Dari iPhone X
Dalam 2 hari ini, adakah Facebook anda penuh dengan filem iPhone X yang bertajuk “Three Minutes”?
Sempena Tahun Baru Cina 2018, Apple telah menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk “Three Minutes” yang hanya menggunakan iPhone X. Korang mesti teruja sangat dengan filem ini yang diarah oleh Peter Chan, seorang pengarah antarabangsa terkenal dari Hong Kong, bukan?
Yang belum sempat tengok, nah kami sediakan di bawah ↓↓↓
https://www.youtube.com/watch?v=ySLn-2MZenU
Dalam 7 minit ini, apa yang korang nampak? Kebolehan iPhone X yang tak disangka, keupayaan lensa kamera yang setaraf gajet profesional. Jadi, adakah sesiapa pun boleh menghasilkan filem sebegini? Jawapannya… BOLEH!
BUT… kenalah ada sikit gajet tambahan untuk menyempurnakan filem ini…



So…apa gajet penting yang digunakan oleh pengarah Peter Chan dalam rakaman filem pendek ini?! Jom kita tengok satu per satu…
1) Mestilah iPhone X, harga bermula dari RM 5,149
2) Beastgrip Pro USD 139.99 (kira-kira RM 545.39)
3) Beastgrip DOF Adapter USD 149.95 (kira-kira RM 584.19)
4) Sony Planar T* 85mm f/1.4 ZA Lens S$ 2,499 (kira-kira RM 7,392.62)
5) SmallHD 702 Bright On-Camera Monitor USD 1,499 (kira-kira RM 5,839.35)
6) DJI Spreading Wings S900 Hexacopter USD 1,199 (kira-kira RM 4,670.70)
Okay, sampai sini apa pandangan anda semua? Sesungguhnya anda mempunyai iPhone X, tapi tak semestinya dapat hasil rakaman seperti Peter Chan. Kenapa? Sebab anda perlukan sebilangan aksesori sampingan yang mungkin harganya mencecah puluh ribu. T_T









