
OPPO yang terkenal dengan telefon pintar swafoto hari ini memperkenalkan OPPO F5 dengan warna baharu Dashing Blue bersempena Hari Kekasih yang bakal tiba tidak lama lagi. Peranti edisi biru ini diperkenalkan menerusi filem mikro yang dibintangi penyanyi Taiwan, Eric Chou dan artis tempatan, Min Chen.

Peranti yang dilancarkan ini masih mengekalkan spesifikasi dalaman yang sama cuma kali ini ia diperkemaskan dengan pilihan warna baharu. Selain daripada itu, ciri yang menarik yang ada pada OPPO F5 ialah kamera belakang dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Ia membantu pengguna mengetahui minda orang yang berada di sekeliling malah teknologi ini juga membolehkan rakaman swafoto tampak lebih cantik seakan diambil daripada kamera profesional.

OPPO F5 Dashing Blue tidak lengkap tanpa kamera 20 Megapiksel f/2.0 di depan dan 16 Megapiksel f/1.8 di belakang. Tarikan pada kamera juga membawakan fungsi bokeh yang akan mengaburkan latar belakang. Dengan skrin nisbah 18:9 paparan 6-inci HD penuh+, ia turut dipadankan dengan bateri 3,200mAh yang menyokong sehingga 12 jam waktu penggunaan.

Bagi anda yang sedang mencari sebuah telefon dengan ciri-ciri mantap, OPPO F5 Dashing Blue boleh dipertimbangkan. Pra-tempahan dibuka bermula 5 Februari (12 pm) sehingga 10 Februari 2018. Pra-tempah boleh dibuat oleh orang ramai di kedai konsep OPPO atau layari laman sesawang rasmi OPPO Malaysia.

