Hotlink RED Menawarkan Internet Tanpa Had Untuk Aplikasi Sosial

Hari ini Hotlink melancarkan pek prabayar terbaru diberi nama Hotlink RED. Pek ini ditawarkan khusus bagi mereka yang ingin talian internet tanpa had untuk bersosial. Menyedari pengguna kini lebih terarah untuk bersosial secara atas talian, pek ini membolehkan anda menikmati internet berkelajuan tinggi di samping tiada sebarang had kuota. Pengguna tidak perlu bimbang kerana Hotlink sentiasa menyediakan rangkaian internet 4G LTE yang meluas di seluruh negara mahupun di luar negara.

Pek prabayar yang dijual pada harga RM10 ini mengandungi kad SIM yang disertakan kredit RM5. Ia termasuk internet berkelajuan tinggi sebanyak 300MB dan 10GB data untuk Facebook. Pengguna juga boleh membeli pas internet mudah alih serendah RM3 untuk 2GB data. Tambahan, pengguna boleh mendapatkan akses tanpa had untuk aplikasi kegemaran menerusi RED Chat (WhatsApp, WeChat, LINE, imo, dan QQ) atau RED Sosial (Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter, dan Pinterest).

Selain daripada itu, di aplikasi Hotlink RED pengguna juga boleh menikmati HotlinkMU hanya dengan memilih tawaran yang tersedia di skrin utama. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Sebagai rujukan, anda boleh lihat gambar di bawah untuk pas internet Hotlink RED :

Hotlink RED boleh didapati di semua pengedar Hotlink, Pusat Maxis, Maxis Exclusive Partners (MEPS) seluruh negara bermula hari ini. Jika anda pengguna sedia ada Hotlink, anda perlu mendail *100*6*1# atau tekan ‘More‘, pilih ‘Account‘ dan ‘Change‘ di sebelah ‘Rateplan‘ melalui aplikasi Hotlink RED.

Layari laman rasmi Hotlink untuk mendapatkan info yang lebih terperinci.

 

You might also like