
Kemas Kini iOS 11.2.2 Ada Masalah Lagi! Prestasi iPhone 6 Turun Sebanyak 41%?!
Masalah Apple semakin banyak sejak pengenalan sistem operasi iOS 11 ini! Baru-baru ini kemas kini terbaru iOS 11.2.2 telah didedahkan secara rasmi, dan Apple menyeru semua pengguna iPhone harus membuat pengemaskinian ini. Menurut Apple, penambahbaikan kali ini untuk mengatasi isu keselamatan yang dikenali sebagai ancaman “spectre” pada pelayar Safari, di mana maklumat penting anda akan dicuri sekiranya digodam.
Namun, ramai pengguna menghadapi masalah prestasi iPhone menurun selepas mengemaskini ke iOS terbaru ini. Menurut laporan dari Gordon Kelly (editor laman rasmi Forbes), pemaju Melvin Mughal telah mencatatkan prestasi iPhone 6 beliau selepas mengemaskini iOS 11.2.2 dari iOS 11.1.2. Beliau turut mejalankan lebih daripada 30 ujian benchmark, dan mendapati ujian pada single-core dan multi-core mempunyai penurunan sebanyak 41% dan 39% secara purata.
Masalah ini bukan hanya berlaku pada peranti iPhone yang lama, terdapat pengguna iPhone 8 dan iPhone X turut menghadapai masalah ini, cuma penurunan prestasi tidak terlalu serius, kira-kira 10%. Ada juga sebilangan kecil pengguna berasa prestasi iPhone mereka bertambah baik setelah kemas kini.
Anda pula macam mana?
Sumber: Forbes

