Set Kepala AR ‘Magic Leap One: Creator Edition’ Akan Dilancarkan Pada 2018

Magic Leap bukanlah satu nama yang asing dalam dunia realiti gabungan atau AR (Augmented Reality), ini kerana ia pernah mendapat perhatian umum melalui gambar prototaip dan juga keupayaan set kepala AR yang masih lagi dalam peringkat awal pada Februari 2017 yang lalu. Sungguhpun begitu Magic Leap dilihat agak berahsia tentang projek AR berprofil tinggi yang sedang dibangunkannya itu, sehinggalah baru-baru ini syarikat itu telah mengumumkan akan melancarkan set kepala AR pertama keluarannya pada tahun hadapan.

Lightwear
Control
Lightpack

Menurut Magic Leap, ‘Magic Leap One: Creator Edition’ ini merupakan set kepala AR yang telah dibangunkan untuk pembangun kerana mereka akan turut diberikan akses kepada SDK, peralatan, dokumentasi, sumber pembelajaran dan juga sokongan bagi memudahkan penghasilan pelbagai kandungan yang diingini.

Magic Leap One: Creator Edition telah menambahkan satu lagi dimensi terhadap pengkomputeran, di mana paparan digital dan realiti mampu bergabung dengan jauh lebih baik. Berdasarkan kepada laman sesawang rasmi Magic Leap, set kepala ini akan mula dihantar pada 2018, tetapi tiada sebarang tarikh spesifik dan juga harga didedahkan buat masa ini.

You might also like