
Herta Dianugerah “COVID-19 Response Seal of Excellence” Amat Kompetitif Daripada European Commission
BARCELONA, Sepanyol, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ — Pada Mei 2020, Herta dianugerahkan dengan sijil COVID-19 Seal of Excellence yang disampaikan oleh European Commission (EC) untuk projek AWARE.
AWARE dihantar untuk menjalani penilaian kepada European Innovation Council (EIC) Accelerator Pilot. Sebagaimana yang dinyatakan oleh EC, EIC Accelerator Pilot menawarkan usahawan yang paling cerdas dan paling berani di Eropah dengan peluang untuk melangkah ke hadapan dan memohon dana bagi idea-idea yang membawa penemuan baharu dengan potensi untuk mewujudkan pasaran yang sama sekali baharu atau merevolusikan pasaran sedia ada. PKS yang amat inovatif dengan cita-cita komersial yang jelas serta berpotensi untuk mengalami pertumbuhan tinggi dan pengantarabangsaan merupakan sasaran utama. Tanggal 20 Mac 2020, EC membuat panggilan segera melalui EIC Accelerator Pilot untuk teknologi dan inovasi yang dapat membantu merawat, menguji, memantau atau aspek-aspek lain yang melibatkan wabak Coronavirus.
COVID-19 Seal of Excellence ialah label kualiti yang amat kompetitif dianugerahkan kepada cadangan projek yang dinilai mempunyai nilai kecemerlangan dan kesan yang tinggi yang layak menerima dana dalam panggilan khas ini, namun tidak menerimanya ekoran kekangan belanjawan EC semasa.
AWARE mencadangkan penyelesaian pinggir hibrid dan teragih untuk analitik video termaju, termasuk pengecaman wajah masa sebenar dan analitik tingkah laku orang ramai. Sebahagian daripada saluran pengkomputeran dilaksanakan di premis, di stesen pinggir rendah kuasa dan bersaiz kecil menggunakan perkakasan pemecut Deep Neural Network. Ini dapat memberi penjimatan kos dan meningkatkan kebolehskalaan, kecekapan dan kemudahan pemasangan sistem. Algoritma terkini HERTA, yang berupaya untuk mengenal pasti individu walaupun ketika memakai pelitup muka dan memantau kepadatan orang ramai, diintegrasikan dalam penyelesaian ini. Kawalan automatik jarak sosial dan pengecaman individu dalam kawalan akses tanpa perlu menanggalkan pelitup muka menjadi amat penting untuk mengawal penularan COVID-19 dan merupakan tumpuan utama Herta bagi memerangi pandemik ini.

Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital High Tech Security Homeland Security Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Awards Public Safety Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE

