

Digi baru sahaja memperkenalkan “Postpaid Family Plan” iaitu sebuah pelan sekeluarga dengan kadar komitmen bulanan yang berbaloi. Pelan ini menawarkan anda dan keluarga untuk menikmati data internet sehingga 120GB dan panggilan tanpa had ke mana-mana operator.

Pelan Digi Postpaid Family RM150 (DPF150) dan Digi Postpaid Family RM250 (DPF250) kedua-duanya memberikan data sebanyak 60GB (2 subtalian) dan 120GB (4 subtalian) sebulan. Data tersebut akan dibahagikan kepada dua iaitu 30GB internet harian dan 30GB internet mingguan. Selain itu, jika anda memilih di antara dua pelan ini, anda masih menerima 300 SMS percuma, storan awan seluas 100GB, dan akses iflix selama 60 hari.
Apa yang menariknya, pelan sekeluarga ini boleh diuruskan mengikut keperluan dan kegunaan dengan mengagihkan data secara bebas. Contohnya, emak inginkan anak bongsunya data hanya 2GB sebulan, emak boleh menetapkannya pada bila-bila masa dan setiap subtalian akan dimasukkan ke dalam satu bil setiap bulan.

Malahan, jika data internet tidak mencukupi, anda boleh menambah kuota ekstra 5GB pada kadar RM15 dan 10GB pada harga RM25. Perantauan juga boleh dinikmati setiap ahli keluarga dengan pelan tambahan Roam Like Home hanya RM30 sebulan
Maklumat lanjut sila layari laman rasmi Digi

