
Lazada Malaysia Dan TNG Digital kini berkerjasama memperkenalkan #KitaBantuKita yang mana ia merupakan program insentif RN6 juta bagi membantu membangunkan semula ekonomi tempatan dalam tempoh pemulihan dari COVID-19.

Warganegara Malaysia boleh menikmati potongan sehingga RM36 baucar dan rebat menerusi program ini ketika membeli belah di Lazada.
Bermua dari 31 Julai ini, pragram insentif ini akan membantu dari segi berikut:
- RM5 akan dimasukkan ke pengguna baharu Lazada Wallet.
- Baucar diskaun RM10 yang dapat dikumpulkan dengan segera untuk pengguna Lazada baru semasa mengaktifkan akaun
- Baucar diskaun RM3 yang dapat dikutip serta merta untuk semua pengguna Lazada Wallet
- Baucar diskaun RM3 yang dapat dikumpulkan serta-merta untuk semua pengguna Touch ‘n Go eWallet di Lazada
- Pulangan tunai RM5 sekali sahaja bagi pembelian pertama di Lazada oleh pengguna Touch ‘n Go eWallet baru
- Pulangan tunai segera sekali sahaja sehingga RM10 untuk tambah nilai pertama di Lazada Wallet

