Reviu Eksklusif (Bah. 1): honor 7X, Model Pertama honor Tampil Dengan Paparan 18:9

Harga: RM 1,099

Penggunaan skrin penuh dengan paparan 18:9 bukan lagi menjadi salah satu daripada ciri istimewa yang dapat dinikmati pada peranti flagship sahaja. Ini kerana sudah menjadi trend pengeluar untuk tampil dengan ciri tersebut pada peranti kelas pertengahan keluaran mereka. Nampaknya honor juga tidak mahu ketinggalan apabila memperkenalkan peranti pertama keluarannya dengan sokongan paparan moden tersebut dengan kemunculan model terbarunya iaitu honor 7X.

Baca juga: 6 Ciri-Ciri Menarik Tentang honor 7X

Sebagaimana honor 6X, generasi terbaru honor 7X ini masih mengekalkan sokongan dwi lensa yang telah dipertingkatkan keupayaannya. Malah ia juga kini menampilkan rekaan kerangka unibodi logam yang menjanjikan penampilan fizikal yang lebih premium dan yang paling menarik adalah sokongan skrin dengan nisbah paparan 18:9 yang menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

 

:: SPESIFIKASI ::

PLATFORM
  • Android 7.0 Nougat
  • EMUI 5.1
KAD SIM
  • Dual SIM Hibrid
  • nanoSIM & nanoSIM / nanoSIM & microSD
PEMPROSES
  • HiSilicon Kirin 659
  • Octa-core 2.36GHz Cortex-A53
  • Mali-T830 MP2 @ 900 MHz
  • 16 nm FinFET+ / 64 bit
DIMENSI
  • 156.5 x 75.3 x 7.6mm / 165g
PAPARAN
  • 5.93 inci IPS LCD FullView Display
  • 1080 x 2160 piksel (~407ppi)
  • 2.5D Corning Gorilla Glass
MEMORI
  • 64GB ROM / 4GB ROM
  • microSD sehingga 256GB
KAMERA UTAMA
  • 16 Megapiksel + 2 Megapiksel
  • Aperture f/2.2 + tiada maklumat
  • PDAF
  • LED flash
KAMERA DEPAN
  • 8 Megapiksel
  • Aperture f/2.0
RAKAMAN VIDEO
  • FHD 1080p
BATERI
  • Li-Ion 3340mAh
KESELAMATAN BIOMETRIK
  • Pengimbas cap jari
PORT
  • MicroUSB 2.0
  • 3.5mm audio jack

 

:: PAKEJ PEMBELIAN ::

Sama seperti peranti honor yang lain, honor 7X turut didatangkan di dalam kotak pembungkusan berwarna turquoise yang kelihatan ringkas.

  1. Kotak Pembungkusan
  2. honor 7X
  3. Adapter pengecas (5V2A)
  4. Kabel microUSB
  5. Pin slot kad

 

Nota: Kotak pembungkusan dan juga aksesori untuk unit reviu ini merupakan set yang diambil terus dari China, jadi ia mungkin tidak sama seperti set original yang akan dijual untuk pasaran tempatan.

 

UNBOXING ↓↓↓

 

 

:: FIZIKAL ::

5.93 inci FHD+

Walaupun tampil dalam saiz peranti 5.5 inci, honor 7X yang menyokong nisbah paparan 18:9 ini memiliki ukuran paparan yang jauh lebih besar iaitu mencecah 5.93 inci. Kualiti paparan juga tidak diabaikan kerana ia hadir dengan resolusi FHD+ atau bersamaan dengan 1080 x 2160 piksel.

 

Swafoto 8 Megapiksel

Sokongan bezel atas yang lebih kecil ini telah menempatkan lensa swafoto 8 Megapiksel dengan sokongan aperture f/2.0 untuk memastikan hasil gambar yang lebih terang. Bahagian ini juga turut disediakan dengan lubang earpiece, sensor proximity dan juga LED notifikasi.

 

Butang kawalan

Sebagaimana peranti honor yang lain, honor 7X turut menyokong butang kawalan Android jenis on-screen, manakala bahagian bezel di bawah skrin hanya menerima cetakan logo ‘honor’.

 

Slot kad hibrid

Sisi kiri kerangka honor 7X pula tersedia dengan slot kad jenis hibrid yang boleh diakses menggunakan pin slot kad yang tersedia dalam pakej pembelian. Anda boleh menggunakan slot ini untuk dua kad SIM bersaiz nano, ataupun satu kad nanoSIM dengan satu slot kad microSD.

 

Dwi kamera

Kedudukan dua buah lensa kamera honor 7X terletak betul-betul pada jalur antena di bahagian atas panel belakangnya. Berbeza dengan rekaan dwi lensa pada honor 8 Pro, kedua-dua kamera ini diasingkan dalam rekaan lensa yang agak timbul dan bersebelahannya turut disertakan dengan LED Flash.

 

Pengimbas cap jari

Sensor pengimbas cap jari peranti ini telah diletakkan pada panel belakang yang diperbuat daripada kerangka logam unibodi, sama seperti peranti honor yang lain. Apa yang menariknya, anda boleh menggunakan sensor ini untuk pelbagai kawalan lain seperti mengambil gambar, memaparkan panel notifikasi dan banyak lagi.

 

Speaker Mono

Jika bahagian atas kerangka honor 7X hanya dilengkapi dengan lubang mikrofon sahaja, bahagian bawahnya pula lebih padat kerana ia menempatkan satu speaker berkualiti mono, port microUSB 2.0 dan juga port 3.5mm audio jack.

 

Setakat sini sahaja reviu untuk fizikal honor 7X, ingin mengetahui lebih banyak lagi kemampuan peranti ini. Jangan lupa reviu seterusnya… bye~~

 

 

You might also like