
ASO Property Management Pte Ltd Pilih Yardi Voyager
![]() |
Pemusatan data operasi dan kewangan pegangan multinasional akan memacu kecekapan
SINGAPURA, 15 Jun 2020 /PRNewswire/ — Pengurus harta ASO Property Management Pte Ltd menjangkakan keupayaan pelaporan dan analitik yang dipertingkat dengan Yardi Voyager® Commercial, platform teknologi berasaskan awan baharunya.
Yardi Voyager melengkapkan sistem kewangan sedia ada ASO Property Management dan menyediakan pengurus harta tanah multinasional tersebut dengan fungsi perisian harta tanah khusus. Penggabungan data pengurusan kewangan dan harta ke dalam satu penyelesaian terhubung menghapuskan pergantungan pada berbilang sumber data dan mengautomasikan hampir setiap proses perniagaan untuk syarikat. Hubungan yang erat antara kecerdasan perniagaan operasi dan kewangan dalam Yardi Voyager membolehkan ASO Property Management melakukan analisis yang lebih komprehensif pada peringkat portfolio, serantau dan harta.
“Keupayaan global berbilang mata wang, aliran kerja yang seragam dan pengemaskinian masa sebenar yang disediakan daripada Yardi Voyager akan membantu kami untuk memudahkan kecekapan yang lebih tinggi dalam menggabungkan, menyelaraskan dan merumuskan pelaporan dan analisis portfolio,” kata David Leung, ketua global untuk ASO Property Management.
“Yardi® dengan sukacitanya menyediakan ASO Property Management dengan sumber-sumber yang dapat membantu syarikat memaksimumkan pendapatan dan kecekapan kakitangan serta mengenal pasti pilihan pelaburan yang menarik,” kata Neal Gemassmer, naib presiden antarabangsa untuk Yardi.
Latar Belakang ASO Property Management Pte Ltd
Selama lebih tiga dekad lamanya, dari pejabat-pejabatnya di Singapura, UK dan Jepun, ASO mengurus portfolio pejabat komersial, peruncitan, perindustrian dan aset harta kediaman, di seluruh Asia Pasifik, Australia/New Zealand, Amerika Utara dan Eropah.
Latar Belakang Yardi
Yardi® membangunkan dan menyokong perisian pengurusan pelaburan dan pengurusan harta tanah terkemuka dalam industri untuk semua jenis dan saiz syarikat harta tanah. Ditubuhkan pada tahun 1984, Yardi berpangkalan di Santa Barbara, California dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut bagaimana Yardi Bertenaga untuk Hari Esok, kunjungi yardi.asia.

Keywords: Commercial Real Estate Computer Software Computer/Electronics Real Estate Contracts New products/services
Source: PRNEWSWIRE

