
8 Judul Terbaru Permainan PS4 Diumumkan Dalam Acara ‘The Game Awards 2017’

Acara The Game Awards 2017 yang baru sahaja berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, telah menjadi pentas untuk menobatkan permainan video terbaik dan juga pencapaiannya sepanjang tahun 2017 ini. Selain menyaksikan judul The Legend of Zelda: Breath of the Wild yang telah terpilih sebagai permainan video terbaik bagi tahun 2017, beberapa perkara menarik turut diumumkan di dalam acara itu antaranya pendedahan trailer permainan A Way Out yang akan mula diedarkan oleh EA pada tahun 2018.
Sungguhpun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah pengumuman sebanyak 8 judul permainan video PS4 terbaru yang akan mula diedarkan tidak lama lagi. Berikut adalah judul terbaru yang telah diumumkan dalam acara The Game Awards 2017 :

