
OnePlus 5T Edisi Star Wars Diperkenalkan!
Sebelum ini OnePlus 5T Edisi Star Wars dikatakan bakal memasuki pasaran India dan akan dilancarkan pada 15 Disember 2017.
Nampaknya ia tidak hanya eksklusif untuk pasaran India sahaja kerana OnePlus juga mengumumkan model yang sama bagi pasaran Eropah, dan mula dijual sehari lebih awal, iaitu pada 14 Disember 2017.
Memandangkan ianya model Edisi Terhad Star Wars, panel belakang terdapat tulisan Star Wars berwarna merah serta di dalamnya juga menggunakan wallpaper dari Star Wars. Untuk pengetahuan anda, model edisi terhad ini juga hanya ditawarkan dalam warna putih sahaja.
Ditawarkan pada harga €500 (kira-kira RM2,380) untuk model 6GB/64GB dan €560 (kira-kira RM2,665) bagi model 8GB/128GB.

