LG Watch Sport Menjadi Peranti Pertama Terima Kemas Kini Android 8.0 Oreo

Berdasarkan daripada perkongsian yang dibuat oleh pembangun Android Wear iaitu Hoi Lam melalui akaun Google+ miliknya, peranti Android Wear sudah boleh menerima kemas kini terbaru Android Oreo. Namun begitu, ketersediaan kemas kini ini juga sebenarnya bergantung kepada model yang dibuat oleh pengeluar peranti Android Wear tersebut dan setakat ini tiada senarai model mana yang akan menerima kemas kini Android Oreo ini. Menurut sumber, setakat ini hanya LG Watch Sport sahaja yang telah menerima kemas kini tersebut dan berkemungkinan besar akan mula diterima pada model Android Wear yang lain tidak lama lagi.

Mungkin tidak banyak pembaharuan besar yang akan diterima melalui kemas kini ini, tetapi beliau telah berkongsi beberapa penambahbaikan untuk pengguna Android Wear seperti tetapan kekuatan getaran notifikasi, pilihan untuk mengunci sentuhan pada paparan apabila basah, sokongan tujuh bahasa baru, saluran notifikasi, penjimatan bateri dengan mengehadkan pengoperasian secara latar, dan banyak lagi.

You might also like