[Kemas Kini] Honor V10 – Bakal Tiba Di Malaysia 15 Januari 2018!

Honor View 10 atau lebih dikenali sebagai Honor V10 telah diperkenalkan secara rasmi di China. Berdasarkan perkhabaran dari pengeluar Honor, ia bakal menembusi pasaran tempatan dalam masa kurang dari sebulan sahaja lagi.

Menurut sumber, telefon pintar ini akan rasmi dilancarkan di beberapa buah negara termasuk Malaysia, India dan Eropah pada 8 Januari 2018. Salah satu fungsi menarik pada Honor V10 adalah 3D Facial Animation yang mirip seperti fungsi Animoji yang diperkenalkan oleh Apple.

Honor V10 menampilkan skrin tanpa bingkai bersaiz 5.99 inci dengan resolusi 1080×2160 piksel dan menggunakan panel LCD. Kuasa dalaman dikuatkan dengan cip pemproses Kirin 970, RAM 6GB serta pilihan storan 64GB dan 128GB. Kamera utama pula menggabungkan sensor 16 Megapiksel dan 20 Megapiksel f/2.0 tanpa sokongan OIS. Sementara kamera depan menerima 13 Megapiksel f/2.0 yang dibantu LED flash. Bateri berkapasiti 3,750mAh hadir dengan pengecasan pantas 5V / 4.5V.

Di China honor V10 dijual dengan tanda harga RMB2,700 (RM1,680) untuk varian 64GB/4GB. Manakala untuk varian 64GB/6GB pula berharga RMB3,000 (RM1,867) dan varian teratas 128GB/6GB dijual pada harga RMB3,500 (RM2,178) seunit.

You might also like