

OPPO Malaysia baru saja mengumumkan OPPO F5 6GB (Edisi Merah) akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 6 Disember 2017 dan pra-tempahan juga boleh dibuat pada hari yang sama.
Terkini, OPPO juga telah mengumumkan kolaborasi bersama Swarovski untuk sesuatu yang istimewa! Kedua-duanya sangat teruja dengan projek tersebut dan tidak sabar menunggu untuk mendedahkannya tidak lama lagi!
Sebelumnya, duta F5 6GB (Edisi Merah), Neelofa telah ke Shanghai, China untuk menghadiri pertunjukan fesyen Victoria Secret 2017.
Ingin mengetahui apakah yang ditawarkan oleh OPPO dan Swarovski untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah ini), kekal bersama kami!

