[LEAKED] Samsung Galaxy J3 (2018): Muncul Bersama Cipset Baru?!

Peranti Samsung Galaxy Siri J merupakan salah satu siri yang mempunyai hasil penjualan yang sangat kukuh. Baru-baru ini, sebuah model SM-J337 telah muncul di laman GFXBench. Berdasarkan kepada gambar bocor, jelas menunjukkan model SM-J337 akan hadir bersama skrin 5 inci yang mempunyai resolusi 720 piksel.

GPU Mali-G71 akan dikuasakan pada Samsung SM-J337, namun tiada maklumat selanjutnya mengenai cipset yang digunakan, hanya memaparkan Quad-core 1.5GHz padanya. Seperti model sebelum ini, SM-J337 mengekalkan 2GB RAM dan ruangan storan 16GB, sistem operasi di bawah Android 7.1.1 Nougat.

Bagi penggambaran pula, kamera utama telah diturunkan kepada 8 Megapiksel (sebelum ini 13 Megapiksel), manakala kamera depan adalah 5 Megapiksel. Ia juga mampu merakam video 1080p dengan kedua-dua kamera. Itu sahaja yang dapat diketahui, apa-apa pun kita tunggu maklumat rasmi dari pihak Samsung nanti.

 

You might also like