Internet Tanpa Had Cuma RM1 Dengan ookyo?!

Perang data internet semakin hangat begitu juga ookla, sebuah telkom di bawah Maxis kini menawarkan internet bekelajuan tinggi tanpa had hanya serendah RM1. Pelan ini benar-benar tiada batasan lebih-lebih lagi ia menggunakan liputan 4G LTE terpantas dari Maxis.

Tawaran ini hanya boleh dinikmati bulan pertama kepada sesiapa yang mendafatar ke ookyo. Di samping, pengguna juga boleh menguruskan pembayaran bil dan akaun selain menggunakan chatbot untuk perkhidmatan pelanggan di dalam aplikasi ookyo.

Ookyo telah dibangunkan bertujuan menghasilkan sebuah produk 100% digital. Maka ini adalah platfom antara pengguna dan maya yang betul-betul inovatif. Pengguna kini boleh melayari internet tanpa had 24/7 tanpa perlu risau akan bil mengejut dengan menonton, menstrim atau mentatal media sosial sepanjang hari.

(kiri) aplikasi ookyo dan (kanan) diskaun di Play Store

Apa ada dengan ookyo?

  • Internet berkelajuan tinggi tanpa had pada hanya RM1 – Dalam tempoh promosi ini, pelanggan boleh menikmati ookyo untuk RM1 bagi bulan pertama (harga biasa RM30 sebulan). Mereka boleh memilih sama ada pek Sosial atau Hiburan dan mendapatkan Internet tanpa had untuk semua aplikasi dalam pek pilihan mereka, termasuk aplikasi chat popular seperti WhatsApp, Line dan WeChat. Ini juga termasuk semua video dalam dan penstriman langsung, selagi aplikasi itu adalah sebahagian dalam pek atau mempunyai Pas Internet Tanpa Had. Pelan ini termasuk 3GB untuk aplikasi lain yang tidak termasuk dalam pek tersebut.
  • Kredit Google Play percuma – Nikmati 20% kredit Google Play setiap kali mereka berbelanja di kedai ookyo semasa tempoh promosi dan 10% kembali apabila mereka memperbaharui pelan mereka dari bulan ke-2 seterusnya. Kredit ini boleh digunakan untuk langganan apikasi, pembelian in-app serta pembelian filem, buku dan majalah di Play Store.
  • Pas tanpa had bagi 100+ aplikasi – Untuk serendah RM3 sebulan, pelanggan boleh menikmati Internet tanpa had bagi aplikasi popular, merangkumi permainan, filem, muzik, dan banyak lagi. Senarai aplikasi akan ditambah dan diperbaiki dari masa ke masa dengan maklum balas daripada pengguna.
  • Rangkaian yang boleh dipercayai – ookyo dikuasakan oleh Maxis 4G, dan ini bermakna pelanggan boleh menikmati pengalaman Internet yang amat pantas dan lancar.

Jadi, bagi anda yang sedang mencari pelan atau telkom yang berbaloi. ookyo salah satu pilihan yang perlu dipertimbangkan. Jom daftar diri di ookyo..

You might also like