Jangan Khuatir Kerana Celcom Super VideoWalla Bagi Percuma 100GB

Zalman Aefendy, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata

Sering menjadi masalah apabila menstrim video ialah kita sering kehabisan data. Belum cukup bulan lagi, data internet sudah mencecah had penggunaan. Jadi dengan itu, Celcom hari ini mengumumkan VideoWalla yang menawarkan kouta percuma sehingga 100GB.

Bagi anda yang masih mencari pelan yang sesuai, Celcom ada FIRST Gold RM80 (20GB) atau FIRST Gold Plus RM98 (40GB). Buat masa terhad ini, kedua-dua pelan ini akan didatangkan bersama VideoWalla 30GB dan VideoWalla 100GB selama 12 bulan untuk dinikmati.

Bagaimana pula anda yang sudah melanggan FIRST Gold, FIRST Gold Plus, FIRST Gold Supreme, dan FIRST Platinum? Jangan risau, Celcom masih tidak lupakan anda kerana pengalaman hebat ini boleh dinikmati dengan melanggan Super VideoWalla menerusi aplikasi MyCelcom Postpaid.

Jadi, bagi yang tidak tersenarai jangan berasa kecewa kerana anda boleh menaik taraf pelan sedia ada kepada pelan-pelan yang dinyatakan tadi. Tiada sebarang kos yang dikenakan kepada anda.

Super VideoWalla boleh digunakan menggunakan saluran di laman sesawang atau aplikasi seperti Youtube, Netflix, iflix, Tonton, Astro Go, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV, dan DailyMotion. Super VideoWalla boleh dilanggan pada harga RM50 untuk 100GB dan RM30 untuk 30GB.

Untuk mendaftar sebagai pengguna Celcom, anda boleh kunjungi Blue Cube atau Celcom Certified Partners yang berdekatan di semua negeri seluruh Malaysia.

You might also like