

Mencari sebuah kedai rasmi Xiaomi boleh dikatakan agak sukar di negara ini, ia bukan seperti kedai induk Samsung, Oppo, atau Huawei yang boleh dilihat di merata-rata tempat seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, dikhabarkan Xiaomi akan membuka cawangan keduanya di ibu negara selepas Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Desas-desus mengatakan bilik pameran yang terletak di pusat membeli-belah KLCC ini akan sedia dibuka pada 27 Oktober depan. Kemungkinan kedai fizikal ini bukan sahaja menjual telefon pintar malah peralatan dan peranti pintar lain juga turut ditawarkan. Menerusi pembukaan kedai flagship ini, kelak orang ramai boleh mendapatkan produk serta khidmat jaminan dari Xiaomi dengan lebih mudah.

