Miliki Neffos Pada Harga Bermula RM299 – Potongan Harga Yang Menarik!

Neffos Malaysia kini sedang mengadakan promosi bersempena sambutan hari kemerdekaan negara tidak lama lagi. Genap 60 tahun Malaysia sebagai negara yang merdeka, Neffos menawarkan diskaun sehingga RM100 pada model X1 Max, X1, C5 Max, C5, dan C5L.

Bermula hari ini sehingga 30 September depan, pelanggan yang membuat pembelian di laman e-Dagang Lazada akan menerima diskaun RM100 untuk model X1 Max (asal RM999) dan X1 (asal RM699). Manakala, pelanggan yang berkunjung ke kedai pengedar sah Neffos pula akan mendapat diskaun tambahan sebanyak RM100 apabila menyerahkan sebarang telefon lama tidak digunakan.

Setiap pembelian, pelanggan akan ditawarkan jaminan DUA tahun daripada Neffos malahan dengan bayaran RM1, pelanggan akan diberikan satu penukaran percuma (bernilai RM369) ke atas skrin LCD yang mengalami masalah teknikal.

Model dalam siri C juga turut mendapat diskaun menarik sehingga RM100 untuk model C5 Max (asal RM599), C5 (asal RM469), C5L (asal RM359). Selain itu, pelanggan Neffos juga ditawarkan tukaran satu-ke-satu peranti untuk tiga bulan yang pertama.

 

You might also like