
Berikutan telefon pintar berwarna hitam mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia, OPPO Malaysia akan membawa masuk peranti OPPO A77 Black Edition bermula minggu hadapan di semua stor konsep termasuk kedai pengedar yang sah.
OPPO A77 Black Edition dengan paparan bersaiz 5.5 HD penuh menumpukan spesifikasi kamera depan seperti 16 Megapiksel dengan mod Beauty, kamera belakang mendapat 13 Megapiksel. Seterusnya, pemproses MediaTek MT6750T diguna pakai, RAM sebesar 4GB dan storan 64GB juga menyokong kad microSD sehingga 128GB. Bahagian dalaman dimuatkan pula bateri berkapastiti 3,200mAh.
Sesiapa yang kocek dah kering tu, dah mula mengorek tabung okay!

